Percutian ke Pulau Langkawi ~ Aktiviti Island Hopping

11:25

Assalamualaikum. Hari kedua bermula seawal 8.30 pagi. Selepas sarapan, kami dah terpacak depan rest house menunggu van datang ambil kami untuk aktiviti Island Hopping.
Jam 9.00 kami tiba di jeti bot untuk meneruskan aktiviti untuk hari ini. Memandang bukan cuti sekolah, rakyat malaysia tak ramai, tetapi penuh dengan pelancong asing. 


Menunggu giliran untuk menaiki bot
Teruja sangat
Untuk pakej Island Hopping, mereka akan bawa pengunjung ke 3 buah pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar. Pulau pertama kami dibawa adalah pulau dayang bunting. Bentuk pulau menyerupai wanita berbaring yang sedang bunting dan di mana terdapatnya Tasik Dayang Bunting.
Mitos pulau dayang bunting

Pulau menyerupai wanita bunting
Beberapa ratus tahun dahulu ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi. Pada tiap-tiap hari Mambang Sari dengan dayang-dayangnya pergi bermain-main di suatu tempat yang di panggil Pasir Telok Ayer Tahun.
Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai pasir di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka, dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya.
Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak.
Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari.
Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang tua bernama "Tuk Diang".
Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi.
Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana ia telah jatuh kasih kepadanya, tetapi ia tidak berani pergi hampir.
Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia lihat Mambang Sari.
Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.
Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu. Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di sini ia dapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih kepadanya.
Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut.
Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING.

Jeti Pulau Dayang Bunting
Bersebelahannya Pulau Tuba
Setibanya di pulau, kami diberi masa 2 jam untuk melepak kat tasik nie. Sama ada nak berenang di kawasan yang di khaskan atau pun ambil bot kayuh. Kami sewa bot kayuh solar untuk pusing-pusing atas tasik dengan harga RM 20.
Tasik yang aman dan tenang. Lupa segala kerja di Pejabat
Destinasi seterusnya Pulau Singa Besar di mana ada aktiviti iaitu Eagle Feeding atau beri makan helang. Beratus helang turun menyambar makanan berdekatan bot. Bukan pengunjung yang beri makan, tetapi pembawa bot dah siap-siap daging. Dikisar menggunakan kipas bot. Banyak helang yang keluar dapatkan makanan.
Dengan bunyi burung helang, sangat menarik dan tak dapat kat mana-mana kecuali di Pulau Singa Besar.
helang berterbangan di udara.
Sesudah melihat helang makan, kami dibawa ke Pulau Beras Basar. Pulau dengan pasir pantai yang sangat putih dan air laut biru. Kat sini mereka bagi masa untuk mandi mandadi pantai
Pulau Beras Basah
Mengukir cinta di Pulau Beras Basah.. hehe
Air laut yang jernih
Jangan lama-lama nanti sunburn abang.
Aktiviti habis dalam jam 3.30 ptg.. kami balik ke rest house untuk rehat dan mandi. Masa kami suntuk sebab belum lagi jalan-jalan untuk beli barang untuk dibawa pulang sebagai cenderahati.
Shopping time

Bersiar-siar di kawasan Pantai Cenang, mencari coklat
Rambang mata bila ngk coklat yang banyak.
Kami makan malam di Pantai Cenang...
Habis sudah aktiviti hari kedua kami. Aktiviti Island Hopping pun dan cukup penat tetapi sangat seronok. Esok kami akan pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi ada satu lagi aktiviti yang kami nak buat iaitu Mangrove Tour. Harap tak ketinggalan kapal terbang esok.. hehe..
Wassalam.
Baca artikel berkaitan :
Hari ke-2 di Pulau Langkawi - Island Hopping
Hari ke-3 di Pulau Langkawi - Mangrove Tour

You Might Also Like

0 kitty baik hati komen

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah