Percutian ke Sabah ~ Pulau Sapi dan Pulau Manukan...

12:59

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan, Fiza akan tuliskan pengalaman Fiza ke Sabah untuk hari kedua.. tujuan catatan ini sebagai rujukan Fiza akan datang, dan bagi siapa yang bercadang untuk ke Sabah,  diharap catatan ini sedikit sebanyak dapat membantu korang semua.
15 September 2013, jam 0650.
Jam 0500 pagi waktu yang sesuai untuk bangun subuh dan bersiap. Kami keluar jam 0700 dan waktu ini matahari pun dah mula terik. Almaklumlah pertama kali merasa pagi di negeri bawah bayu, agak kekok sedikit dengan waktu.
Perancangan telah dibuat dan aktiviti untuk hari ini adalah snorkeling di pulau sampai ke petang. Punya bersemangat tu. 
Memandangkan pada hari ahad,  kami mulakan langkah ke Pasar Gaya (Sunday Gaya Street Market), Rugi kalau tidak jejakkan kaki di sini. Seperti pasar pagi, pelbagai barang mereka jual seperti makanan, buah-buahan, pakaian, cenderahati, mutiara, alat- tradisional dan juga haiwan peliharaan mcm kucing, hamster, ayam  dan itik.

Mr. Hubby berminat dengan topi jenis ini.
Harga kucing ini RM2,000.. comel dan kiut
Durian hutan.. pertama kali tengok
di semenanjung Fiza tak pernah lihat lagi.
Sebelum bergerak ke pulau, kami breakfast dan bawa bekalan untuk ke pulau. Difahamkan makanan di pulau agak mahal. Bawa roti sekeping dua kalau lapar juga beli sahaja di pulau.
15 September 2013, jam 0800.
Kami bergerak dari KK Town ke Jesselton Point Jetty dengan kereta. Perjalanan hanya dalam 10 minit.. Jesselton Point Jetty ialah  tempat nak tunggu bot untuk ke pulau. Pakej untuk ke pulau juga telah disediakan di sana. Walk in ke kaunter yang disediakan di Jesselton Point Jetty. Pulau yang boleh dikunjungi ada tiga iaitu  Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik. Jangan risau untuk memilih sebab pengunjung boleh pilih pulau mana yang ingin dilawati. Kami memilih pakej untuk ke Pulau Sapi dan Manukan.. Kos menaiki bot adalah RM 50 seorang, sewa life jacket RM 5 dan sewa google RM 5.
Berada di hadapan Pintu gerbang Jesselton Point 
Peta boleh didapati di Jesselton Point.
Pulau yang kami pergi, Pulau Sapi dan Pulau Manukan.
Bergambar dengan pemandangan bot di jeti
15 September 2013, jam 0900.
Destinasi pertama adalah Pulau Sapi. Perjalanan hanya selama 15 hingga 30 minit mengikut kelajuan bot yang dipandu. Setibanya di jeti, untuk masuk ke pulau. pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM 3.00 seorang. 
Peta Pulau Sapi 
Pintu masuk ke Pulau Sapi.
Tanpa melengahkan masa, kami terus ke pantai dan pengalaman snorkeling kat sini adalah yang terbaik. Ikan boleh dilihat di persisiran pantau dan air laut juga sangat jernih.
 
 
 
 
Pemandangan sepanjang pantai.
Tempat pengunjung melakukan aktiviti snorkeling.
Kami snorkeling dari jam 0930 sampai jam 1130. Masa berlalu dengan pantas sebab leka melihat ikan yang cantik-cantik. Kawasan snorkeling di Pulau Sapi terbahagi kepada dua bahagian. Kawasan utama di persisir pantai Pulau Sapi dan kawasan kedua mengadap pulau Gaya. Kawasan yang mengadap pulau gaya lebih seronok kerana dipenuhi dengan batu karang dan tidak sesuai untuk kanak-kanak tetapi pemandangan dasar laut lebih menarik.
Selain aktiviti snorkeling, Pulau Sapi turut menawarkan aktiviti seperti menaiki banana bot, parachute dan sea walking. Aktiviti Sea Walking berharga RM 200.
Puas di Pulau Sapi kami meminta pemandu bot untuk bawa kami ke Pulau Manukan jam 1300.
15 September 2013, jam 1315.
Tiba di pulau manukan dalam masa 5 minit jer menaiki bot. Jarak antara dua pulau nie tak jauh. Pemandangan Pulau Manukan juga sangat cantik...
Jeti Pulau Manukan
Pintu masuk Pulau Manukan. Yuran masuk RM 3.00 seorang
 
 
 
Rehat sebentar.
15 September 2013, jam 1400.
Kami bertolak pulang selepas makan makan tengah hari di Pulau Manukan.. Nasi berlauk daging dan sayur harga dalam RM8.00 menu kami di Pulau Manukan. Untuk pengetahuan korang, air yang disediakan di Pulau Manukan akan diletakkan lemon tidak kira air sirap atau teh. Ini bertujuan untuk menghilangkan rasa payau air laut.
Feedback daripada Mr. Hubby.. Best dan terbaik
Nak tahu aktiviti apa pula aktiviti kami selepas pulang dari melakukan aktiviti snorkeling? Fiza akan update dalam entry seterusnya. Teruskan membaca. Wassalam.

You Might Also Like

14 kitty baik hati komen

  1. WAH...duriannya.... tajam, kucing tu terjelir lidah ... hihihi, comel.

    seronoknya fiza berjalan-jalan...

    ReplyDelete
  2. Bestnya..kita duduk kat sabah pun belum pernah lagi pergi 3 pulau nie :)

    ReplyDelete
  3. wah bestnya pegi holiday..:) btw kucing muka penyet tu cute sgt..

    ReplyDelete
  4. wah!! mng teringin kut nak snorkeling..bilala ye..huhuhu..durian hutan tu nmpak lain cikit mcm durian yg di jual ye..mesti sedapkn..^_^

    ReplyDelete
  5. sha g snorkeling kat sabah haritu sampai taknak balik dari pulau. yg bestnya lifeguard dia tlg bawakkan kat tempat dalam, pgg sume benda alah dalam laut tuu. mmg terbaeklaaa. rinduuuu~ huhu

    ReplyDelete
  6. Best tau snokeling kat Pulau Manukan.. Erin dah besa pi.. Memang best.. Kalau kesempatan mendaki gunung Kinabalu.. :-)

    ReplyDelete
  7. rindu sabah baca entry ni :'( x sabar nak cuti sem balik sana :(

    p/s : siapa2 kalau pergi sabah jgn lupa jalan 3 pulaau ni mamutik, manukan , sapi..

    best kan fiza? ^_^

    ReplyDelete
  8. cantik permandangan =) tp nk tggu gmbar dalam air..bru syok tgok..pasti cntik je..

    ReplyDelete
  9. rindunya sabah, x sabar mo balik... btw sis, ticket masuk pulau tu boleh bayar sekali ja, then simpan ticket utk ke next pulau, 1 ticket valid utk semua pulau yg pntg pakai dalam 1 hari ^_^

    ReplyDelete
  10. Baru ke sana bln jun lps..mmg cantik. Lain kali nak g lagi..misi mkn2 seafood & snorkelling. Klu sudi view travel blog sy:

    kembaramania
    farahtravelog.blogspot.com

    boleh bertukar2 tips =)

    ReplyDelete
  11. Cantik tmpat..sfa plan nk sambut ulang tahun perkahwinan di sana..

    ReplyDelete
  12. Salam fiza..sy ade terbaca pulau manukan kotor ditepi pantai nye..btol ke?lagi 2 bulan nak ke kk & tgh survey pulau2 d sana..

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah