Percutian ke Cameron Highland serta Penginapan di Hotel Kavy Boutique, Brinchang

19:17

Pada 2 dan 3 November lepas, kami ke Cameron Highland.. bukan berdua tapi bawa famili Fiza.. dah lama tak bawa mak dan abah keluar berjalan dan kami pilih Cameron Highland untuk bercuti.. Adik Fiza yang Kak ngah pun ikut juga bersama suami dan baby Farhan.. Hilmi yang bongsu pun ambil peluang nak ikut kami.. Jadi nie la 1st time kami gathering untuk bercuti bersama-sama.. 
Mula-mula tu mmg risau sbb cuaca sekarang tak berapa elok nak ke sana , tapi tempahan hotel dah dibuat sebulan awal, mcm mn pun kene pergi.. 
Alhamdullillah, mungkin rezeki kami, cuaca pada kedua-dua hari mmg sangat2 baik beserta udara sejuk yang rasa macam berada di oversea..
Kami bertolak daripada Bentong melalui jalan Sg. Koyan, Raub..perjalanan hanya 3 jam.. dari pukul 8 dan tiba jam 11.00 pagi dan terus check in hotel.. Hotel Kavy Boutique, Brinchang.. hotel yang sesuai dan selesa untuk bawa keluarga bercuti..
Fiza, Farhan, Hilmi di hadapan hotel
Farhan dan mak longnya..
Hotel dengan ruang yang selesa dan luas.. 
Kawasan Brinchang adalah kawasan yang strategik untuk ke kawasan2 sekitar seperti Ladang Teh, ladang stawberry, Farm bee dan paling best hanya 3 minit jalan kaki nak ke Pasar Malam Brinchang..
merayau2 area brinchang.. 
Lepas waktu Zohor, kami terus ke Cameron Lavender.. tempat yang penuh dengan bunga-bunga dan strawbery yang boleh dipetik sendiri..
Cameron lavender
sesi bergambar beramai2.. 
dalam kawasan taman 
bunga2 kat sini segar2 dan boleh petik sendiri dengan syarat kene bayar.. 
strawberi yang segar dan manis
Penat berjalan, kami singgah di Cameron Tringkap Bee Farm, kat sini kami makan ais krim strawbery dan ubi keledek rebus.. cuaca sejuk kene pula dengan ubi keledek mmg sgt best..
abah dan cucunya..
Destinasi seterusnya Ladang Teh Boh.. Pemandangan teh yang menghijau di atas bukit betul2 tenang dan rasa seronok sangat dapat bawa mak dan abah ke sana..
sesi bergambar kenangan..
Fiza dan En. Hubby  
Mak, abah dan hilmi 
Kami ambil masa untuk menikmati teh panas dan butter cake 
posing-posing dengan Farhan
Tempat terakhir untuk dilawati iaitu Bee Farm.. kat sini rupanya jual madu.. Madu asli mmg sedap dan tak begitu manis.. Kat sini sempat Fiza beli FM Bee dan si Kak Ngah pula beli sabun muka berasaskan madu lebah.. 
Bee Farm
Malamnya kami ke Pasar Malam Brinchang.. time nie la nak shopping barang2 dan souvenir yang nak dibawa balik.. sempat juga kami rasa strawberi celup coklat dan kalau tak rasa mmg sgt rugi..
Suasana pasar malam brinchang
Perjalanan satu hari yang sangat memenatkan dan seronok... balik semuanya pengsan di bilik hotel masing2.. Keesokkannya kami check out dan bertolak pulang.. 
Ini adalah pengalaman pertama Fiza ke Cameron Highland dan boleh dikatakan cuaca di sana mmg sejuk dan pada waktu malam mmg terasa sampai ke tulang.. Jangan lupa bawa baju sejuk tebal2.. mmg Cameron Highland terbaek..
p/s: Waktu kami pergi kena time Hari Deepavali.. jalan atas bukit pun boleh jem teruk.. sabar jelah.. >_<


You Might Also Like

18 kitty baik hati komen

  1. Memang seronok kan fiza?klu musim cti..mmg jem jalan..sy aritu pg masa time hujan..mmg sjuk yg amat.mmg rasa nk golek kat tilam je.hee.strawberry cicah mafu lg best fiza..cuba2.. :)

    ReplyDelete
  2. Cameron highland mmg best.. I like the strawberries, vegetables and the Tea. Very fresh and delicious!

    ReplyDelete
  3. waaaaa.. seronoknya.. selalu bercuti.. :)

    ReplyDelete
  4. wahhhh rindunya nak pi cameron higland lagi :)

    ReplyDelete
  5. bestnya bercuti..cantik2 bunga kat situ kan.. :)

    ReplyDelete
  6. seronok nya!
    kite mmg suka CH
    tp kite selalu p sn naik ikut simpang pulai
    lg dekat dgn brinchang :D

    ReplyDelete
  7. bestnya..cuti cuti malaysia gitu..hehehe

    ReplyDelete
  8. Akak pun baru2 nie p cameron jugak..mmg btl sejuknya sampai ke tulang.. heheheh

    ReplyDelete
  9. akak tak pernah lagi sampai cameron highland.. bestnya cuti.. :D

    ReplyDelete
  10. Best je tgk..akak x pernah smpi cni lg

    ReplyDelete
  11. Seronok dpt bawa family bercuti bersama-sama.. Dah lama tak pergi Cameron.. padahal.. tak ler jauh sangat pun kan..

    ReplyDelete
  12. dah lama tak makan strawberry fresh. hehe

    ReplyDelete
  13. waa seronoknya! nak bunga dan strawberry tu :)

    ReplyDelete
  14. time well spent ngan family kan fiza ^^

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah