Find us on Facebook

Susu ada kaitan dengan sakit perut

Assalamualaikum... hari nie perut Fiza sakit dan dah tak mampu nak membuat pembuangan disebabkan perut dah kosong.. tunggu untuk makan tengah hari jer. Apa puncanya?

Fiza akan jadi begini bila minum susu.. Ada kawan-kawan nasihatkan Fiza kalau nak berusaha dapatkan anak, kene rajin minum susu.. Fiza tengah merajinkan diri untuk minum susu sekarang nie tetapi lepas tu memang tak tidur malam la jawabnye.. Fiza try search kat internet kenapa susu buat sesetengah individu sakit perut bila minum.. Fiza nak kongsikan info nie bagi mereka yang mempunyai masalah seperti Fiza.


gambar sekadar hiasan
Walaupun susu mempunyai banyak manfaat, tetapi banyak orang yang enggan minum susu. Alasannya adalah tidak suka minum susu kerana ia membuatkan kita mual atau sakit perut bila minum susu. Bila anda merasa sakit perut selepas minum susu, bermakna anda mengalami intoleransi laktosa. Penyebabnya kerana kurangnya pengeluaran laktase dalam tubuh .

Laktase adalah enzim yang dihasilkan usus kecil yang berfungsi memecah laktosa yang terkandung dalam susu agar dapat diserap oleh tubuh . Tetapi bagi pesakit intoleransi laktosa, proses pemecahan laktosa tidak berlangsung sempurna sehingga laktosa yang tidak tercena akan masuk dalam usus besar dan dicerna oleh bakteria yang ada di dalamnya sehingga menyebabkan perut kembung, mengandungi banyak gas, dan cirit-birit .

Sebagai penyelesaian dari perasaan mual atau sakit perut , anda boleh menukar susu dengan produk olahan susu seperti keju, yogurt, ais krim, susu evaporasi atau susu soya yang tidak mengandungi laktosa.

Bila anda hendak mengambil susu , sebaiknya anda tidak menggunakan susu kental manis kerana susu jenis ini kandungan nutrisinya lebih rendah akibat proses pembuatannya juga banyak mengandungi lemak dan gula yang kurang baik untuk tubuh . Pengambilan susu yang dianjurkan adalah 3 hidangan setiap hari . Satu hidangan yang dimaksudkan adalah 250 ml susu yang bersamaan dengan 35 gram keju atau 200 gram yogurt atau 200 gram ais krim.



google image

Bila dah baca info nie, baru Fiza faham kenapa bila minum susu Fiza akan sakit perut.. Lepas ini kene tukar kepada susu yang tidak mengandungi laktosa ataupun makan produk olahan susu seperti yang dinyatakan di atas.

Wassalam.

Post a Comment

19 Comments

  1. wanita nie memang kurang suka untuk minum susu...
    tapi lately nie terpaksalah banyak minum susu untuk orang dalam..
    thanks for sharing fiza...kuatkan semangat untuk kearah tu ye...caiyook

    ReplyDelete
  2. sy tak pernah amalkan susu tuk cpat pregnant.. tak berani..takut jd camtu la..

    erm.. pape pun moga cpat baik ye..

    ReplyDelete
  3. lah yeke fiza..cian fiza...kita just minum susu anlene or dutchlady je..

    ReplyDelete
  4. ohhh kenit pun baru tau gak ni. Sebelum ni main hentam je minum susu asalkan susu hehe. Kenit jarang nak sakit perut, tapi hubby kenit memang senang sakit perut kalau minum susu berlaktosa ni hehe.

    ReplyDelete
  5. ooo baru dhia tahu (:

    thnx sharing

    ReplyDelete
  6. Liya pulak tak leh kalau xminum susu. macam ada yang tak kena ja kalau tak dapat minum susu :)

    ReplyDelete
  7. macam anak sedara licha .dia pon xbolh nak hadam susu sangat.

    ReplyDelete
  8. Ooo.. camtu ekk..!

    Nak pregnant dulu tak lak minum susu.. ;D dah pregnant pun tak minum jugak... :S tak suka minum susu... makan kalsium tablet jerr... huhu..

    ReplyDelete
  9. Mmg ramai juga yg saya kenal yg tak tahan dgn susu berlaktosa ni.. ada yg berterusan ke toilet je.. mudah2an dpt susu yg sesuai ye.. :)

    ReplyDelete
  10. oh baru paham..huhu so far sy ok la minum susu tak sakit perut..

    ReplyDelete
  11. kadang2 sakit perut jugak tp dh tahu susu mana yg elok. hee

    ReplyDelete
  12. oooo..macam tu rupanya..ade gak kwn2 yumida xleh minum sus..sure akan muntah n sakit perut

    ReplyDelete
  13. saya lar tu..sebab kadang kalau minun susu perut sakit..tp memang kenyataan saya tidak boleh makan pagi, automatik terus sakit perut...thnks info dear ^^

    ReplyDelete
  14. mmg ade certain org yg lactose intolerance..

    nasib baik lah sy tak.. hehe.. faveret tu.. :D

    ReplyDelete
  15. wow....
    thanks kak fizaaaaaa <3333

    ReplyDelete
  16. Kt suka susu..& Salam Maulidul Rasul 1435 Hijrah Fiza...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.

    Macam saya fiza..mungkin sebab dah biasa..jadi tiada masalah..

    Saya cuma tak kebal dgn air sirap,hehehe. Waktu kecil dulu, bila minum je demam..tak tahu kenapa. :)

    ReplyDelete
  18. saya kalau minum susu kadang2 boleh sakit perut.. thanks sharing fiza :)

    ReplyDelete
  19. ejulz minum susu low fat je.. hehe

    ReplyDelete