Percutian di Pulau Tioman ~ Check In di Kg. Salang

09:58

Assalamualaikum.. setelah seminggu pulang bercuti bersama Mr. Hubby di Pulau Tioman, hari ini baru Fiza berkesempatan untuk mengimbas semula kenangan yang terindah tersebut.. Percutian ini merupakan hadiah perkahwinan Mr. Hubby kepada Fiza. Genap 3 tahun kami berkahwin iaitu pada 26 Mac 2014... Semoga ikatan perkahwinan kita kekal hingga ke Jannah...
Sebelum nie Fiza dah ke Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Mentagor dan Pulau Sapi.. tetapi Pulau Tioman memang kaya dengan ikan-ikan yang sangat cantik dan indah...Pulau Tioman adalah pulau yang paling sesuai untuk aktiviti snorkeling..  Indah sungguh ciptaan Allah.. 
Fiza akan ceritakan perjalanan ke Pulau Tioman daripada A sampai Z dan harap ia dapat menjadi rujukan buat mereka yang teringin menjejakkan kaki di sana.. 
Kami memulakan tempah sebulan awal kerana perancangan kami berangkat adalah pada 26 Mac 2014, bajet yang kami peruntukkan adalah RM 1500.00.. 
Pakej Chalet  Salang Beach Resort :  RM 700 (peak season)
Twin Sharing Room
Maximum occupancy: Two persons
3 days 2 nights package:
Rates:
Air conditioning : RM 330(Rates are per person)
Fare includes:
2 breakfasts, 1 lunch, 2 dinners
Two ways ferry (Mersing ⇒ Tioman ⇒ Mersing)
One day snorkeling tour
(water sports equipment is not included) 

Cenderamata : RM 350.00
Minyak dan tol : RM 300.00
Lain-lain perbelanjaan : RM 150.00
Total : RM 1500.00
Kami memilih Kg. Salang sebab ia terkenal dengan pantai dan laut yang jernih dan cantik... Bila dah kenal pasti tempat, barulah search kat Internet chalet yang berpatutan.
Dengan pakej yang ditawarkan.. pihak ejen telah memaklumkan bahawa feri pertama akan tiba jam 2.00 petang bergantung kepada air pasang surut.. perjalanan daripada Rawang ke Mersing memakan masa 5 jam.. Selepas subuh jam 6 pagi, tayar kami bergolek..
Kami sampai di bandar Mersing jam 11.30 tgh hari dan terus mencari parking untuk bumble bee..  Caj tempat letak kereta untuk satu malam adalah RM 18.00.. 2 malam bermakna RM 36.00... 
Kawasan teduh dengan kawalan keselamatan..
Jeti Penumpang Mersing..
Caj Feri untuk pergi balik RM 72.00 seorang tetapi telah diletakkan dalam pakej.. kami hanya perlu membanyar Caj Pemuliharaan sahaja
Antara feri yang disediakan...
Feri kami bertolak jam 2.30 petang, perjalanan memakan masa 2 jam lebih.. Fiza tidur jer sepanjang perjalanan disebabkan laut yg terlalu bergelora dan buatkan kepala Fiza pening..  Jam 4.30 petang kami selamat sampai di Jeti Kg. Salang.. Turun sahaja daripada jeti, terpampang keindahan alam yang sangat-sangat cantik dan damai.. terpegun sangat dengan kejernihan air laut di Pulau Tioman...
Jeti Kg. Salang....
Pemandangan pertama bila tiba di Jeti Kg. Salang..
anak-anak kampung berenang di tepi jeti..
Peta Kg. Salang 
Salang Beach Resort.. berdepan pantai 
chalet kami bernombor 10.. sangat selesa...
ruang tidur yang selesa
bersantai di tepi pantai...
Lepas check in, kami terus ke pantai untuk bergambar dan berjalan-jalan di sekitar Kg. Salang.. Kawasan yang kecil tak sama dengan Pulau Pangkor atau Pulau Langkawi.. hanya perlu berjalan kaki untuk melawat sekitar Kg. Salang....
Kedai makan yang ada..
Kedai bebas cukai...
Gerai-gerai dan kedai yang menawarkan peralatan snorkeling dan scuba diving..
aktiviti petang... lepak tepi pantai smbil tengok matahari terbenam..
Pantai Kg. Salang
Makan malam kami disediakan pada jam 7 petang.. Pada waktu malam, kami mencari kedai makan untuk supper dan lepak sambil menonton televisyen.. Chalet kami tak menyediakan televisyen.. mungkin niat pemilik chalet tak nak orang duduk dalam chalet kan.. maknenye kene keluarlah sambil menyedut udara Pulau Tioman yang segar dan hangat... >_<
Itu cerita untuk hari pertama kami di Pulau Tioman.. Gambar-gambar bercuti banyak Fiza masukkan dalam FB.. Bahagian kedua akan menyusul kemudian... terima kasih kerana membaca.. 

You Might Also Like

25 kitty baik hati komen

  1. Mcm best jer :). Bila dpt pegi.

    ReplyDelete
  2. oklah..nak mark pulau tioman ni utk di terjah.. naniey mmg suka pulau..

    ReplyDelete
  3. hihi..untungnya...cantik sangat kat situ :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum fiza, wahh bestnya.. tak sabar nak baca next entri. hehehe

    ReplyDelete
  5. fiza pi snorkeling? jeles fae +.+ nape x ajak fae *being mengada-ngada* :p

    ReplyDelete
  6. belom pernah lagi pergi ke pulau tioman . nampak macam menarik jugak :)

    ReplyDelete
  7. akak yang dekat ni tak pernah lagi sampai fiza...tapi cantik jugak kan kg salang tu...best la...chalet tu berapa harga utk satu malam ye fiza..

    ReplyDelete
  8. @ Kisah Si Dairy: Kak.. yang fiza menginap nie RM 110 untuk satu malam..

    ReplyDelete
  9. Wahhh... bestnya fiza! Baby dah besar sket nnt nak ajak asben pegi jgak la!!!

    ReplyDelete
  10. bestnya lya tak pernah lagi ke pulau..nnt la tunggu dah kawin nnt pi honeymoon kat pulau :)

    ReplyDelete
  11. wah bestnya..tak pernah sampai kat sana lg..erm kena pergi jgk ni..hihihihi

    ReplyDelete
  12. harga pun berbaloii.. its worth right.. hehe.. nak pi sana jgklahh

    ReplyDelete
  13. kak fiza nak taw tak miza dah lama teringin nak pegi pulau tioman ni taw..tapi tak taw la bila dpt g..hahaaa!
    bestnya akan dating ngan hubby..swweettt :)))

    ReplyDelete
  14. beznye kak. tringin nak bercuti di resort camni. tgk laut. main pasir..mudahan dimurahkan rezeki yumida utk ke sini

    oh ya..selamat ulg thn kak..moga sentiasa bahagia bersama hb tercinta

    ReplyDelete
  15. Suka tioman. Lagi2 snorkelling. weee~

    ReplyDelete
  16. Moga berpanjangan jodohnya kak. Cantik sangat air laut tu. Teringin pula nak pergi :)

    ReplyDelete
  17. tak ada pengalaman tapi itu satu impian saya heee

    ReplyDelete
  18. Bestnya Fiza..tak sampai lagi ke sana.

    ReplyDelete
  19. Wah.. sweet ny.. =) happy anniversary yang ke 3 tahun. Walaupun dah blalu 26 mac tu.. ttp jg nak ucap.. hoho. Semoga kekal bhgia bsama suami tcinta hgga ke jannah.. amin

    ReplyDelete
  20. tak pernah lagi sampai pulau tioman.. segarnya udara laut macam tu.. :D

    ReplyDelete
  21. macam best je.. boleh buat lokasi honeymoon ni.. hehehe
    digi sini..

    ReplyDelete
  22. Fuyooo. . Back to the nature kn kalo bcuti tmpt2 mcm ni.. tension keja buang ke tepiii.. best nya ! =D

    ReplyDelete
  23. jom bercuti ke Pulau Tioman

    www.wanpulautioman.com

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah