Find us on Facebook

Pengalaman menginap di Hotel Pantai Puteri dan bersiar-siar di Pantai Tj. Keling, Melaka

Assalamualaikum.. entry nie dah agak lama jugak la..dalam bulan Okt 2014.. baru hari nie ingat nak update.. Bagi korang korang yang nak ke Melaka, jangan lupa singgah dan  menginap je di Pantai Tanjung Keling, Melaka. Dekat je dengan Bandar Melaka lebih kurang 15 minit menaiki kereta.

Kebetulan Fiza pergi pada hari Sabtu.. ada pasar malam sepanjang jalan di kawasan nie..

Kami menginap di Hotel Pantai Puteri.

Bilik yang selesa dan harga pun berbaloi

Tandas yang bersih

Peti ais dan pemanas air pun disediakan
Lepas check in, Fiza dan hubby berjalan-jalan di pantai.. memang ramai pengunjung..  Kebetulan pula ada pasar malam.. memang ramai la orang..

gelap gambar sebab membelakangkan matahari..

suasana waktu senja

Pasar malam Pantai Tj. Keling..

nie favorite Fiza... kentang lilit

Malam nye mintak la hubby belanje makan seafood.. Rugi kalau tak makan seafood tau.. sebab kawasan nie memang seafood dia murah dan segar.. 


Ketam masak merah, sotong goreng tepung dan siakap 3 rasa..

breakfast di hotel keesokan pagi..

Esoknya kami berjalan-jalan kat Bandar Melaka.. naik river cruise.. maklumlah tak pernah lagi merase naik river cruise tu.. ada masa Fiza update yer. Wassalam.

Nama hotel dah tukar Puteri Bay Hotel, untuk booking boleh klik sini.

Post a Comment

12 Comments

  1. Seronok dapat jalan2. Dah lama tak jejak kaki kat melaka. In shaa Allah, one fine dayy

    ReplyDelete
  2. Seronok fiza berbabymoon ye..hehe . Mesti ketam tu sedap!tengok gambar pun dah terliur

    ReplyDelete
  3. bestnya ketam..teringin pulak..:)

    ReplyDelete
  4. seronoknyaaa jalan jalan pantai :D

    ReplyDelete
  5. pantai tanjung keling boleh mandi rupanya . best gak dapat pergi ni ...

    ReplyDelete
  6. Lya baru sekali peegi ke melaka tu pun x hbs round..tringin nak naik river cruise tu

    ReplyDelete
  7. Waaa...awak dtg melake yee..huuu..lame da tak pi pntai puteri even dok melaka..teringt dlu slalu wat bbq kt pntai puteri tu ngn kawan2

    ReplyDelete
  8. peh peh...dpt jln2 tepi pantai tu yang best tu..maklumlah tmpt kite ni nk jumpe kolam pun susah ape lagi pantai..huhu...

    ReplyDelete
  9. Terliur saya tengok semua makanan tu, kak.

    ReplyDelete
  10. sini lah port Nad & family lepak waktu petang bila balik kampung...

    ada coconut shake dan otak-otak yang sedappppppppp berdekatan dengan hotel everly tu...

    ReplyDelete