Sedapnya makan di Asam Pedas Sg. Sembilang (Atok)

11:31

Assalamualaikum. Minggu lepas kami ke Pantai Remis untuk menikmati Asam pedas Atok yang terletak di Sg. Sembilang. Untuk percaya sendiri betapa sedap asam pedas di gerai tersebut, kami pergi sendiri untuk merasainya.
Asam pedas Sg. Sembilang (Atok) terletak Pantai Remis, dan gerainya agak ke dalam sedikit. Walaupun cuaca panas, tapi bayu laut buatkan gerai ini selesa dan yang pastinya  ramai pengunjung yang datang.
Asam pedas Sg. Sembilang
Pengunjung yang tidak putus sejak jam 1200 tengah hari.
Kami bertolak dari Rawang dan tiba di gerai tepat jam 12 tengah hari. Pada waktu itu tidak ramai pengunjung. Makanan yang disediakan juga cepat dan tidak sangka beberapa minit selepas itu, ramai yang menunggu giliran untuk mendapatkan meja.
Menu istimewa Masak lemak Cili Api Daging Rusa.
Menu yang kami hendak cuba tiada pada waktu ini memandangkan rusa belum sampai. Kami pun memilih Kambing Bakar Original sebelum menu utama sampai.
Menu Western.
Kambing Bakar Original Pedas Manis
Menu Asam pedas dengan pelbagai jenis ikan
Nasi putih telur masin
Kailan ikan masin bersama sambal belacan
Asam pedas ikan pari
Rasanya memang terbaik. Asam pedas memang kegemaran En. Hubby. Fiza lebih menggemari kambing bakar.
Dedi tak pandang kiri kanan
Thaqif buat muka sebab semua menu pedas. 
Maaf yer sayang.
Apa lagi. Korang boleh singgah makan di sini kalau teringin untuk menikmati asam pedas. Asam pedas ikan sembilang, pari, cencaru, kembung serta pelbagai jenis kari boleh dipesan. Lepas makan boleh berkunjung ke pasar makanan laut berdekat untuk mencari ikan segar. 
Wassalam.

You Might Also Like

2 kitty baik hati komen

  1. Sedapnya.. feveret Sha nie asam pedas dan kambing..
    Rusa tu macam menarik je untuk dicuba..

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah