Laluan Pantai ke Kuala Terengganu

10:00

Assalamualaikum. Lamanya Fiza meninggalkan blog ini tanpa sebarang update. Bukan apa Fiza bercuti panjang buat pertama kali sepanjang bekerja lebih 6 tahun. Tak pergi ke mana pun, bercuti dan berehat di kampung mertua di Tanah Merah, Kelantan. Sambil-sambil tu ada juga berjalan-jalan di Kota Bharu serta ke pantai Tok Bali. Tipu la kalau duduk di rumah saja kan. Update akan menyusul kemudian,
Fiza masih berhutang cerita waktu bercuti pendek seminggu sebelum bercuti panjang iaitu perjalanan pulang daripada Kuala Besut hendak ke Kuala Terengganu melalui laluan pantai. 
Kebetulan waktu tersebut dengan cuaca yang panas terik, laluan pantai memang sangat menarik dan rugi kalau tidak merasai pengalaman yang mana sepanjang perjalanan ditemani laut yang membiru.
Selamat tinggal Kuala Besut
 
Selfie sikit
 
Sarapan pagi sebelum bertolak pulang.
Kalau korang dari Kuala Besut, set kan GPS ke Kampung Penarik kerana apabila terlepas laluan ini, maka tidak dapatlah untuk melihat keindahan Pantai Penarik.
 

Selepas Pantai Penarik, akan berjumpa pula dengan Pantai di Kampung Rhu Sepuluh. Di sini pemandangan masih dengan laut yang membiru dan terasa kedamaiannya.

Perjalanan diteruskan melalui Pantai Rantau Abang. Kalau ikutkan bermacam-macam nama pantai di sepanjang perjalanan. Singgah bergambar yang mana sempat sahaja.

Destinasi seterusnya adalah Kuala Terengganu disebabkan  keropok lekor. Kalau pergi Terengganu tak membeli keropok lekor memang tidak lengkap percutian. Di tepi jalan kampung juga memang senang untuk bertemu penjual nira. Kami berkesempatan untuk merasai nira kelapa dan nira nipah. Memang segar  dan sangat sedap sebab terasa manis yang asli. 
Nira Kelapa dan Nipah

Kampung Losong Hj. Su, kawasan untuk mencari keropok lekor, keping atau losong. 
Sebelum pulang, sempat singgah di Pantai Teluk Cempedak, Pahang. Thaqif sejak dari semalam melihat laut tetapi tidak berpeluang untuk bermandi-manda.
Jam menunjukkan 6.30 petang, Maka tamatlah percutian 2 hari 1 malam kami ke Kuala Besut, Terengganu. Walaupun percutian yang singkat, kami gunakan masa yang ada sebaik mungkin. Penat memang tidak terkata tapi seronok sebab dapat berjalan-jalan dengan keluarga,
Wassalam.

You Might Also Like

3 kitty baik hati komen

  1. Rindu keropok lekor Terengganu... uwaa....

    ReplyDelete
  2. cntik nya view !!! even panas terik tp kalo depan mata thidang view mcm ni.. lega rasa nya =)

    ReplyDelete
  3. dulu fae suka pi pantai. nowadays no no haha. once in a blue moon blh je kot.. hehe..

    ReplyDelete

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah