Kenali Si Empunya Ourmemoria

Assalamualaikum. 
Terpanggil untuk memperkenalkan diri secara rasmi memandangkan Fiza hanya kategori blogger suam-suam kuku. Pada mulanya hanya dengan menulis untuk suka-suka dan akhirnya menjadi sebahagian dalam kehidupan lebih-lebih lagi apabila mempunyai masa lapang.
Fiza dilahirkan di Pulau Pinang dan dibesarkan di Pahang. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 1 Mac 2015 setelah 3 tahun berumah tangga dengan suami yang berasal dari Negeri Kelantan.
Menamatkan pelajaran di Tingkatan 5 di SMK Bentong, Pahang dan melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kedah dalam bidang Sains Fizikal. Fiza berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Teknologi Maklumat (Multimedia) dan menjadi graduan pada tahun 2009. 
Bersyukur kerana diterima bekerja dan berkhidmat setelah mendapat segulung ijazah dan masih meneruskan kerjaya sehingga kini dalam bidang pentadbiran (2016).
Fiza amat meminati K-POP dan juga K-Drama. Selain itu juga, Fiza adalah peminat dan pengumpul barangan bertemakan Hello Kitty mengikut kemampuan. 
Blog Ourmemoria banyak memberi pengalaman kepada Fiza untuk menulis dengan lebih baik dan merasakan betapa seronoknya dapat menulis pengalaman sendiri disamping dapat memberi info kepada pembaca. 
Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang memberi sokongan dan komen yang membina. Di harap blog Ourmemoria dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
Terima Kasih.
Hafiza Hadzir @ Fiza Aizzawa
Jika anda ingin berurusan tentang Produk review/servis/pengiklanan dan sebarang soalan boleh emelkan di alamat emel di bawah:
Emel : fizaizawa@gmail.com
FB: Ourmemoria BLOG
IG: fiza_aizzawa
Whatsapp : 0179488034
Name card

Bacaan Tambahan


Google+ Followers

Pa&Ma Dis 2016

Pa&Ma Dis 2016
Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Okt 2016

Pa&Ma Okt 2016
Thaqif dan mama masuk majalah

Pa&Ma Apr 2016

Pa&Ma Apr 2016
Mama dan Thaqif masuk majalah

Pa&Ma Jan 2016

Pa&Ma Jan 2016
Thaqif masuk majalah

Lisa Ogos 2014

Lisa Ogos 2014
Masuk majalah